Posts

Showing posts from 2018

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29

Tips Peperiksaan Online Penolong  Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29  Seksyen A : Ujian psikometrik Seksyen A merupakan item item yang mengukur personaliti seseorang calon seperti kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran. Masa yang diberikan hanya 20 minit dan mempunyai 60 soalan berbentuk aneka pilihan. Tips teman: Untuk seksyen A ni mostly memang pasal attitude diri sendiri atau dalam erti kata lain pasal personaliti seseorang individu itu sendiri. Seksyen ni memang ambil masa singkat je walaupun macam tak logik pulak ada 60 soalan tapi masa yang diberikan hanya 2o minit sebab kita just perlu jawab dan tandakan mengenai sikap diri kita sahaja. Jadi tak perlu fikir, tapi nilailah diri anda sendiri. Mudah kan? Seksyen B : Pengetahuan Am Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan Hal Ehwal Agama Islam, politik, sosial, sains teknologi, sastera, kesenian,  su...

Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19 Perkeso

Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19 Perkeso Al kisahnya bermula masa teman tengah menscroll facebook, tetiba teman terpandang satu info jawatan kosong perkeso.Perghh, memang banyak jugaklah pekerjaan yang perkeso tawarkan tetapi apa yang menarik minat teman adalah pegawai perkhidmatan pekerjaan sebab utamanya adalah jumlah kekosongan yang ada.Makin cerahlah peluang teman hehe.Dengan itu, teman pun memilih pegawai perkhidmatan pekerjaan meskipun teman tidak tahu apa skop tugasnya. Setelah berbulan teman menunggu, teman pun menerima satu emel daripada perkeso.Teman dijemput menghadiri satu temuduga pada 30 Jan 2018 yang jatuh pada hari selasa. Nasib baiklah teman tidak terikat dengan komitmen kerja...haha sebenarnya teman still menganggur...oopps jangan marah ya, nanti kome cepat tue... Tarikh telah pun tiba, seperti dinantikan teman sudah pun terpacak di depan menara perkeso.Awal pagi lagi teman sudah sampai, masuk dan teman terus pergi dan naik lif ke tingkat 18 berda...

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19 Perkeso

Soalan Temuduga Perkeso Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19 Introduce Yourself Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/ SIP mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru. Faedah SIP ♡ Faedah Tunai Interim (RM 600) ♡ Program Penempatan Pekerjaan Semula ♡ Kaunselling Pekerjaan ♡ Latihan Vokasional ♡ Elaun     Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)     Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)     Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)     Elaun Latihan (EL) Tugas Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan ♡Memperkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) ♡Menjalankan aktiviti pencarian kerja (job searching) ♡Menjalankan aktiviti pemadanan kerja  (job matching) ♡Menjalankan khidmat kaunselling kerjaya ♡Menyediakan latihan kemahiran  (skill trainin...