Sunday, 22 April 2018

Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19 Perkeso


Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19 Perkeso

Al kisahnya bermula masa teman tengah menscroll facebook, tetiba teman terpandang satu info jawatan kosong perkeso.Perghh, memang banyak jugaklah pekerjaan yang perkeso tawarkan tetapi apa yang menarik minat teman adalah pegawai perkhidmatan pekerjaan sebab utamanya adalah jumlah kekosongan yang ada.Makin cerahlah peluang teman hehe.Dengan itu, teman pun memilih pegawai perkhidmatan pekerjaan meskipun teman tidak tahu apa skop tugasnya.

Setelah berbulan teman menunggu, teman pun menerima satu emel daripada perkeso.Teman dijemput menghadiri satu temuduga pada 30 Jan 2018 yang jatuh pada hari selasa. Nasib baiklah teman tidak terikat dengan komitmen kerja...haha sebenarnya teman still menganggur...oopps jangan marah ya, nanti kome cepat tue...

Tarikh telah pun tiba, seperti dinantikan teman sudah pun terpacak di depan menara perkeso.Awal pagi lagi teman sudah sampai, masuk dan teman terus pergi dan naik lif ke tingkat 18 berdasarkan emel yang telah teman terima.Kemudian,teman dan calon temuduga yang lain ditempatkan di ruang menunggu untuk ditemuduga.

Sebelum ditemuduga, teman telah pun dibahagikan kpd group temuduga. Satu group teman dalam 6-7 orang macam tu.. dan sementara menunggu, satu soalan esei perlu dijawab.Tempoh masa dalam10 minit, boleh tulis dalam bahasa melayu atau English. Teman apa lagi, bedal saja la essay tu sebab satu group dengan teman tu dapat soalan essay yang berlainan.

Jam di dinding terus berjalan aaah, tak kuasa teman menahan rasa aaah... Tunggu punya tunggu, loceng pun berbunyi, masa untuk turn group teman interview pulak. Teman pun mengetuk pintu dahulu,baru teman beri salam dan serahkan fail sijil teman. Panel penemuduga terus memperkenalkan diri dan seterusnya teman dan ahli group teman diberi task untuk introduce yourself in english only.

Dan di sini lah beberapa soalan yang telah ditanya semasa teman interview pegawai perkhidmatan pekerjaan perkeso gred 19.Antaranya adalah:

1) Terangkan skop kerja jawatan yang kome mintak iaitu tugas sebagai pegawai perkhidmatan pekerjaan perkeso gred 19 ini.

2) Promote diri kome dekat panel untuk menyakinkan deme boleh ambil kome koje pegawai perkhidmatan pekerjaan perkeso gred 19 ini.(citer la mengenai advantage kome apa semua)

3) SIP! *PENTING* ( SISTEM INSURANS PEKERJAAN) Wajib kome baca dekat laman web perkeso. Sebab 240 lebih kekosongan satu malaysia untuk isi jabatan baru untuk SIP ini. Memang kome kena study lah function SIP dan  kelebihannya semua.

4) Kome sebagai "ambassador perkeso"  promote dekat panel depan kome tentang SIP, anggap panel kome ni zero knowledge about SIP.

Atas tu je lah yang dapat teman share. Yang penting kome kena rajin study mengenai info pegawai perkhidmatan pekerjaan perkeso ni dan cakap dengan yakin dan jelas semasa interview nanti. Walaubagaimanapun, gudluck  teman ucapkan kepada kome yang bakal menghadiri temuduga perkeso nanti.

Terima kasih kerana kome sudi membaca blog teman yang penuh dengan loghat perak...haha sebenarnya loghat perak cuma "teman" dengan "kome" saja...masih boleh kome fahami kan?
Masih basic je loghat perak teman tu...
Akhir sekali, teman harap kome dapat daokan teman berjaya dalam interview perkeso ni. Amin...

Wednesday, 11 April 2018

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19 Perkeso


Soalan Temuduga Perkeso Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19


Introduce Yourself


Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)
https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/

SIP mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.

Faedah SIP

♡ Faedah Tunai Interim (RM 600)
♡ Program Penempatan Pekerjaan Semula
♡ Kaunselling Pekerjaan
♡ Latihan Vokasional
♡ Elaun
    Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
    Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
    Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
    Elaun Latihan (EL)


Tugas Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan

♡Memperkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)
♡Menjalankan aktiviti pencarian kerja
(job searching)
♡Menjalankan aktiviti pemadanan kerja
 (job matching)
♡Menjalankan khidmat kaunselling kerjaya
♡Menyediakan latihan kemahiran
 (skill training)


Kualiti diri (Advantage)

♡Mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti terutamanya dalam aktiviti pencarian kerja.

♡Mampu berkomunikasi dengan baik dengan pelbagai pihak.

♡Mampu memberikan sokongan serta bimbingan secara personal kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan.

♡Boleh bekerja secara berkesan dalam satu pasukan.

♡Boleh memberikan sepenuh komitmen sekiranya saya diterima bagi jawatan ini.