Wednesday, 2 May 2018
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
Tips Peperiksaan Online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
Seksyen A : Ujian psikometrik
Seksyen A merupakan item item yang mengukur personaliti seseorang calon seperti kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Masa yang diberikan hanya 20 minit dan mempunyai 60 soalan berbentuk aneka pilihan.
Tips teman:
Untuk seksyen A ni mostly memang pasal attitude diri sendiri atau dalam erti kata lain pasal personaliti seseorang individu itu sendiri. Seksyen ni memang ambil masa singkat je walaupun macam tak logik pulak ada 60 soalan tapi masa yang diberikan hanya 2o minit sebab kita just perlu jawab dan tandakan mengenai sikap diri kita sahaja. Jadi tak perlu fikir, tapi nilailah diri anda sendiri. Mudah kan?
Seksyen B : Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan Hal Ehwal Agama Islam, politik, sosial, sains teknologi, sastera, kesenian, sukan, ekonomi dan lain-lain perkembangan.
Masa yang diberikan selama 40 minit dan mempunyai 50 soalan berbentuk aneka pilihan.
Tips teman :
Seksyen B pula berkaitan pengetahuan am. Means seksyen ni yang paling susah, mencabar dan pasti akan berlaku kejadian seperti tidak sempat menjawab soalan even soalan berbentuk aneka pilihan. So nak tak nak, korang memang kena baca mengenai hal ehwal agama islam sebab korang tak boleh main hentam je ikut logik masing-masing. Ini fakta bukan auta. Ingat ye kome!
Seksyen C: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut :
i) Kemahiran Logik
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.
ii) Kemahiran Menginterprestasi Data
Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan serta data-data untuk dianalisis.
iii) Konsep Matematik
Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.
Masa yang diberikan selama 45 minit dan mempunyai 40 soalan berbentuk aneka pilihan.
Tips teman:
Pada seksyen C, korang kena sediakan kalkulator. Nama pun guna konsep matematik tak kan lah korang nak kira pakai jari dengan masa selama 45 minit untuk menjawab 40 soalan walaupun basic math saja. Mana sempat kome oii meskipun kome genius math katakan.
Idoklah macam teman ni, masih mengharapkan bantuan pengiraan pihak ketiga kalkulatorku penyelamatku haha...
Semoga entri kali ini membantu korang yang tengah mencari info atau tips berkaitan peperiksaan online bagi jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ambilan (MAIWP). Semoga teman dapat melangkah ke next level untuk melayakkan diri ke temuduga jawatan ini. All the best teman ucapkan kepada kome yang bakal menghadapi peperiksaan online SPA nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)