Sunday, 22 April 2018

Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19 Perkeso


Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19 Perkeso

Al kisahnya bermula masa teman tengah menscroll facebook, tetiba teman terpandang satu info jawatan kosong perkeso.Perghh, memang banyak jugaklah pekerjaan yang perkeso tawarkan tetapi apa yang menarik minat teman adalah pegawai perkhidmatan pekerjaan sebab utamanya adalah jumlah kekosongan yang ada.Makin cerahlah peluang teman hehe.Dengan itu, teman pun memilih pegawai perkhidmatan pekerjaan meskipun teman tidak tahu apa skop tugasnya.

Setelah berbulan teman menunggu, teman pun menerima satu emel daripada perkeso.Teman dijemput menghadiri satu temuduga pada 30 Jan 2018 yang jatuh pada hari selasa. Nasib baiklah teman tidak terikat dengan komitmen kerja...haha sebenarnya teman still menganggur...oopps jangan marah ya, nanti kome cepat tue...

Tarikh telah pun tiba, seperti dinantikan teman sudah pun terpacak di depan menara perkeso.Awal pagi lagi teman sudah sampai, masuk dan teman terus pergi dan naik lif ke tingkat 18 berdasarkan emel yang telah teman terima.Kemudian,teman dan calon temuduga yang lain ditempatkan di ruang menunggu untuk ditemuduga.

Sebelum ditemuduga, teman telah pun dibahagikan kpd group temuduga. Satu group teman dalam 6-7 orang macam tu.. dan sementara menunggu, satu soalan esei perlu dijawab.Tempoh masa dalam10 minit, boleh tulis dalam bahasa melayu atau English. Teman apa lagi, bedal saja la essay tu sebab satu group dengan teman tu dapat soalan essay yang berlainan.

Jam di dinding terus berjalan aaah, tak kuasa teman menahan rasa aaah... Tunggu punya tunggu, loceng pun berbunyi, masa untuk turn group teman interview pulak. Teman pun mengetuk pintu dahulu,baru teman beri salam dan serahkan fail sijil teman. Panel penemuduga terus memperkenalkan diri dan seterusnya teman dan ahli group teman diberi task untuk introduce yourself in english only.

Dan di sini lah beberapa soalan yang telah ditanya semasa teman interview pegawai perkhidmatan pekerjaan perkeso gred 19.Antaranya adalah:

1) Terangkan skop kerja jawatan yang kome mintak iaitu tugas sebagai pegawai perkhidmatan pekerjaan perkeso gred 19 ini.

2) Promote diri kome dekat panel untuk menyakinkan deme boleh ambil kome koje pegawai perkhidmatan pekerjaan perkeso gred 19 ini.(citer la mengenai advantage kome apa semua)

3) SIP! *PENTING* ( SISTEM INSURANS PEKERJAAN) Wajib kome baca dekat laman web perkeso. Sebab 240 lebih kekosongan satu malaysia untuk isi jabatan baru untuk SIP ini. Memang kome kena study lah function SIP dan  kelebihannya semua.

4) Kome sebagai "ambassador perkeso"  promote dekat panel depan kome tentang SIP, anggap panel kome ni zero knowledge about SIP.

Atas tu je lah yang dapat teman share. Yang penting kome kena rajin study mengenai info pegawai perkhidmatan pekerjaan perkeso ni dan cakap dengan yakin dan jelas semasa interview nanti. Walaubagaimanapun, gudluck  teman ucapkan kepada kome yang bakal menghadiri temuduga perkeso nanti.

Terima kasih kerana kome sudi membaca blog teman yang penuh dengan loghat perak...haha sebenarnya loghat perak cuma "teman" dengan "kome" saja...masih boleh kome fahami kan?
Masih basic je loghat perak teman tu...
Akhir sekali, teman harap kome dapat daokan teman berjaya dalam interview perkeso ni. Amin...

17 comments:

  1. salam. sis. sy dpt iv dkat perkeso jawatan pegawai eksekutif gred 19. sis ada info tak pasal jawatan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. Aimuni. sori for late reply. Info pasal jawatan tu rasanya boleh dapat dekat google. Btw, gudluck for your iv ya ✌

      Delete
    2. Assalamualaikum boleh tanya interview tu fully english ke? Ade berapa peringkat iv ye?

      Delete
  2. Wasalam...interview ritu tak jugak fully english, ada jugak in bm...peringkat depend on berapa ramai calon temuduga tu nanti...Btw, gudluck for your iv ya ✌

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay sis..terima kasih sudi share tips...thank you anyway :)

      Delete
    2. no problems lah..most welcome anyway :)

      Delete
  3. SALAM ..SIS ZAFIRAH NK TNYE .IN THIS IV SOALAN KEMAHIRAN UTK BERFIKIR DIA TNYE APE SHAJA EA? ANY FACTS X DIA TNYE CM BNDE2 BASIC ABOUT PERKESO ?

    ReplyDelete
  4. WASALAM ...KEMAHIRAN UNTUK BERFIKIR RASANYA XDE...TAPI BASIC PASAL PERKESO MEMANG ADA DIA TANYA SEBIJIK MACAM YANG SIS SHARE DEKAT BLOG NI HEHE...

    ReplyDelete
  5. Sijil2 tu salinan nye sis zafirah cop x salinan diakui sah?

    ReplyDelete
  6. Time sis ritu rasanya x perlu cop salinan diakui sah tu...rasanya lah hehe

    ReplyDelete
  7. Hi, nak tanya..lepas iv tu around berapa lama dpt tahu kita diterima or not. Tq heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, kalau diterima tu sis tak pasti sbb sis kecundang jua akhirnya, tapi selalunya dlm masa 6 bln baru dpt tau result. Wc heheh

      Delete
  8. Hai zafirah. Thank you for your sharing experience. Sis baru nak pergi iv selasa ni. Gugup juga sebab tak tahu dia punya fully tentative dan procedure. Tapi lepas baca blog ni, sis tahu lah sikit apa yang akan berlaku. Terima kasih tau ๐Ÿ’–

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Hakimunirah. Sama sama jugak sbb sudi baca blog sis ni. Sis pun dulu sama nervous jugak tpi alhamdulillah dekat sana semuanya berjalan dengan lancar. Apapun, sis ucapkan all the best for your iv nanti.
      Sama sama jugak tau ๐Ÿ’–

      Delete
    2. sis hakimunirah.maaf bertanya.. macamana ya prosedur iv sis? fully english ke? soalan yang macamana ya?

      Delete