Wednesday, 2 May 2018

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29



Tips Peperiksaan Online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 


Seksyen A : Ujian psikometrik
Seksyen A merupakan item item yang mengukur personaliti seseorang calon seperti kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Masa yang diberikan hanya 20 minit dan mempunyai 60 soalan berbentuk aneka pilihan.

Tips teman:

Untuk seksyen A ni mostly memang pasal attitude diri sendiri atau dalam erti kata lain pasal personaliti seseorang individu itu sendiri. Seksyen ni memang ambil masa singkat je walaupun macam tak logik pulak ada 60 soalan tapi masa yang diberikan hanya 2o minit sebab kita just perlu jawab dan tandakan mengenai sikap diri kita sahaja. Jadi tak perlu fikir, tapi nilailah diri anda sendiri. Mudah kan?


Seksyen B : Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan Hal Ehwal Agama Islam, politik, sosial, sains teknologi, sastera, kesenian,  sukan, ekonomi dan lain-lain perkembangan.
Masa yang diberikan selama 40 minit dan mempunyai 50 soalan berbentuk aneka pilihan.

Tips teman :

Seksyen B pula berkaitan pengetahuan am. Means seksyen ni yang paling susah, mencabar dan pasti akan berlaku kejadian seperti tidak sempat menjawab soalan even soalan berbentuk aneka pilihan. So nak tak nak, korang memang kena baca mengenai hal ehwal agama islam sebab korang tak boleh main hentam je ikut logik masing-masing. Ini fakta bukan auta. Ingat ye kome!


Seksyen C: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut :

i) Kemahiran Logik

Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

ii) Kemahiran Menginterprestasi Data

Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan serta data-data untuk dianalisis.

iii) Konsep Matematik

Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

Masa yang diberikan selama 45 minit dan mempunyai 40 soalan berbentuk aneka pilihan.

Tips teman:

Pada seksyen C, korang kena sediakan kalkulator. Nama pun guna konsep matematik tak kan lah korang nak kira pakai jari dengan masa selama 45 minit untuk menjawab 40 soalan walaupun basic math saja. Mana sempat kome oii meskipun kome genius math katakan.
Idoklah macam teman ni, masih mengharapkan bantuan pengiraan pihak ketiga kalkulatorku penyelamatku haha...


Semoga entri kali ini membantu korang yang tengah mencari info atau tips berkaitan peperiksaan online bagi jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ambilan (MAIWP). Semoga teman dapat melangkah ke next level untuk melayakkan diri ke temuduga jawatan ini. All the best teman ucapkan kepada kome yang bakal menghadapi peperiksaan online SPA nanti.

3 comments:

  1. Assalamualaikum ,sy nk bertanya, jika lulus exam online psikometrik, adakah ada lagi exam online sekseyen b n c bagi calon tahun 2019? Ataupun hanya menunggu panggilan temuduga sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ,sis pun tahu apa next level selepas tu,sebab lepas sis jawab exam online psikometrik tu, terus memanjang sonyap takde langsung khabar berita...maaf ya sis tak membantu

      Delete
  2. Gambling in casino - DrmCD
    All gambling related news 나주 출장마사지 & articles tagged with DrmCD. A detailed gambling research with insights into the gaming industry and 양산 출장마사지 its Mar 충청남도 출장안마 26, 2018 · Uploaded 서산 출장샵 by DrmCD 춘천 출장마사지

    ReplyDelete